Wednesday, June 7, 2017

PERATURAN RUMAH TAMU

  1. Penyewa hanya yang beragama ISLAM sahaja.
  2. DILARANG percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa. Jika berkumpulan yang tiada hubungan mahram maka ia mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja. 
  3. Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.
  4. Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-out pada jam 12:00 tengahari.
  5. Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu, aircond dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
  6. Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rumah tamu sepanjang menginap di sini.
  7. Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
  8. Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali.
  9. Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.
  10. Penghungi DILARANG merokok di dalam rumah tamu.
  11.  Barang yang hilang/rosak perlu diganti.
  12. Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit sekiranya pelanggan membatalkan tempahan yang telah dibuat.
  13. Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
  14. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya; i) Sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dll) dengan baik; ii) Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.
  15. Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.
  16. PIHAK PENGURUSAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA..

Friday, May 26, 2017

LOKASI


ALAMAT RUMAH TAMU:


No 3, Lorong Gambang Damai 3 , Taman Gambang Damai, Jalan Kuantan Maran, 26300 Kuantan, Pahang Darul Makmur

LOKASI STRATEGIK

Berdekatan dengan Kedai Runcit dan Kedai Makan.
Pasar malam pada hari Sabtu
2 minit ke Bukit Gambang Resort City
5 minit ke UMP & Matrik Gambang
25 minit ke Bandar Kuantan.

1) 1km ke Bukit Gambang Resort City
2) 3km ke Kolej Matrikulasi Gambang dan Kolej Komuniti Gambang
3) 3km ke Universiti Malaysia Pahang
4) 16km ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah
5) 20km ke Kolej Politech Mara
6) 20km ke Kolej Shahputra Indera Mahkota
7) 20km ke Kolej Islam Pahang - KIPSAS
8) 25km ke Kolej Profesional Mara Indera Mahkota
9) 35km ke Pusat Bandar
10) 35km ke Pantai Teluk Cempedak
11) 35km ke Jeti Kuantan River Cruise - Menyusuri sungai Kuantan
12) 40km ke Tanjung Lumpur - Restoran Ikan Bakar & Makanan Laut Segar