- Penyewa hanya yang beragama ISLAM sahaja.
- DILARANG percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa. Jika berkumpulan yang tiada hubungan mahram maka ia mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.
- Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.
- Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-out pada jam 12:00 tengahari.
- Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu, aircond dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
- Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rumah tamu sepanjang menginap di sini.
- Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
- Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali.
- Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.
- Penghungi DILARANG merokok di dalam rumah tamu.
- Barang yang hilang/rosak perlu diganti.
- Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit sekiranya pelanggan membatalkan tempahan yang telah dibuat.
- Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
- Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya; i) Sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dll) dengan baik; ii) Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.
- Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.
- PIHAK PENGURUSAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA..
Bagi anda yang menginginkan lokasi percutian di destinasi bukit gambang water park serta ingin membawa keluarga melihat safari night bersama pelbagai jenis haiwan atau ke destinasi tempat pengajian, hari keluarga, rombongan kahwin atau tunang serta urusan peribadi dengan membawa rombongan famili yang kecil/besar,bersantai seperti mana ada berada di rumah sendiri iaitu dengan aktiviti memasak,bersantai dan sebagainya.
Wednesday, June 7, 2017
PERATURAN RUMAH TAMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment